SMK Seri Mulia mula dibuka pada November tahun 2002. Pada ketika ini hanya seorang guru sahaja ditempatkan iaitu Pn Sabariah bt Mustanuddin selaku "care taker" bagi memulakan operasi sekolah. Pada bulan Disember 2002 seramai 12 orang guru dan seorang kakitangan pejabat dihantar bagi memulakan sesi persekolahan 2003 .
SMK Seri Mulia memulakan operasi dengan membuka lapan kelas bagi Tingkatan 1 , empat kelas bagi Tingkatan 2 dan tiga kelas bagi Tingkatan 4 . Bilangan pelajar pada masa itu seramai 507 orang. Bilangan guru pula seramai 34 orang dan bertambah kepada 47 orang pada tahun 2004 . Bilangan pelajar juga telah bertambah kepada 712 orang sehingga Jun 2004 . Pengetua pertama bagi sekolah ini ialah Tuan Hj Nor Paizzin bin Ibrahim yang kemudiannya digantikan pula dengan Pn Sity Rohane bt Dewa pada bulan Januari 2003 .
SMK Seri Mulia menerima pula pengetua pada tahun 2006 iaitu Pn Esaah bt Ismail. Di bawah pentadbiran pengetua ini , SMK Seri Mulia menjadi lebih mantap . Bilangan guru telah bertambah kepada 60 orang, begitu juga dengan bilangan pelajarnya yang telah mencecah kepada 800 orang . Setelah itu , SMK Seri Mulia telah menerima pengetua baru iaitu Pn Madiah bt Abdullah pada tahun 2011. Semua guru dan staf sokongan menggembelingkan tenaga bagi memastikan sekolah ini memenuhi visi dan misi yang telah
ditetapkan .
SMK Seri Mulia mempunyai reka bentuk dan susun atur bangunan moden dan cantik .
Sekolah ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti padang permainan, makmal komputer, pusat sumber, bilik muzik, makmal bahasa, surau, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik sejarah, bilik geografi, bilik kaunseling, koperasi, kedai buku, bilik kesihatan, bilik seni, bilik mesyuarat, pejabat, dan bilik guru yang kondusif dan yang terbaru pada tahun 2007 , telah membuka Bengkel Katering yang menawarkan matapelajaran Katering Dan Penyajian kepada pelajar Tingkatan 4MPV dan 5MPV. Selain itu, pada tahun 2009 Bilik Rehat Guru juga telah disediakan untuk kemudahan para guru berehat sementara menunggu kelas yang seterusnya.